Prosedur permohonan berkahwin
PERMOHONAN UNTUK BERKAHWIN DI WILAYAH BAGI PASANGAN
PEREMPUAN DALAM WILAYAH, DAN LELAKI LUAR WILAYAH.
PEREMPUAN
PEREMPUAN DALAM WILAYAH, DAN LELAKI LUAR WILAYAH.
PEREMPUAN
1. Salinan kad pengenalan beralamat di Wilayah Persekutuan atau surat pengesahan anak kariah sekiranya alamat tempat tinggal di Wilayah Persekutuan tidak sama di dalam kad pengenalan.
2. Salinan kad pengenalan wali yang sah.
3. Salinan surat mati jika wali akrab telah meninggal dunia.
4. Salinan surat nikah ibu bapa pemohon.
5. Surat tandatangan wali jauh jika wali tidak tinggal di Wilayah Persekutuan atau tidak dapat hadir di hadapan Penolong Pendaftar.
6. Surat perakuan cerai jka bercerai.
7. Salinan surat mati dan salinan surat nikah sekiranya kematian suami.
8. Sijil kursus pra perkahwinan jika umur kurang dari 40 tahun .
9. Surat kebenaran berkahwin dari Angkatan Tentera (BAT D 193) jika anggota tentera.
10. Surat kebenaran berkahwin kali pertama dari Jabatan Polis jika anggota polis.
11. Surat kebenaran berkahwin di bawah umur dari Mahkamah Syariah jika bawah umur.
12. Salinan surat/surat akuan atau kad memeluk agama Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri dan surat pembubaran perkahwinan dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atau surat cerai sebelum memeluk agama Islam jika pernah berkahwin.
13. Surat Wakalah Wali sekiranya wali tidak dapat hadir di dalam majlis akad nikah.
14. Surat kebenaran berkahwin secara wali hakim dari Mahkamah Syariah jika tiada Wali Nasab.
LELAKI
1. Surat kebenaran berkahwin dari pejabat agama/negeri lelaki bermastautin/tinggal.
additional utk lelaki:
1. Satu salinan Kad Pengenalan.
2. Surat akuan bujang dari majikan jika bekerja dengan majikan atau surat Akuan Sumpah Bujang dari Pesuruhjaya Sumpah jika tiada majikan.
3. Surat Perakuan Cerai sekiranya bercerai.
4. Salinan surat mati dan salinan surat nikah sekiranya kematian isteri.
5. Sijil kursus pra perkahwinan jika umur kurang dari 45 tahun.
6. Surat kebenaran berkahwin dari Angkatan Tentera (BAT D 193) jika anggota tentera.
7. Surat kebenaran berkahwin kali pertama dari Jabatan Polis jika anggota polis.
8. Surat kebenaran berkahwin di bawah umur dari Mahkamah Syariah jika bawah umur.
9. Surat kebenaran berpoligami dari Mahkamah Syariah ( bagi permohonan poligami).
10. Salinan Surat Akuan atau Kad Akuan memeluk agama Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri dan surat pembubaran perkahwinan dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atau Surat Cerai/Surat Pembubaran Perkahwinan sebelum memeluk agama Islam jika pernah berkahwin.
Noted.... lepas tunang kita kena satelkan ini pula...
rujukan lain boleh didapati di: PANDUAN PROSEDUR PERMOHONAN PERKAHWINAN WILAYAH PERSEKUTUAN
untuk negeri negeri lain, buleh gugel ye...
0 comments:
Post a Comment