bebel bebel pasal majlis...

kami ni pasangan yg agak terhad bajet..
takmau berhabis utk majlis, since aku ade anak dah kan..
kami perlu pk kan pasal lengkapkan rumah..

mesti ade yg ckp, suppose aku ni mesti da ade barang2 rumah...
salah...
aku kuar dari umah dulu sehelai sepinggang...
habis segala barang barang rumah tu ex aku lempar mana aku pun tatau...
sedangkan most of them family aku yg beli..
takpela.. kami tak halalkan sampai akhirat...

so skang ni, aku kena mula semula dari bawah...
yang ada dalam list kami ialah:

  • sofa (used lah.. mama bagi)
  • TV (sama gak.. mama bagi)
  • rak tv (SDA)
yang lain perlu la dibeli...

maka disini, kami perlu hadkan belanja kawin utk penuhkan barang rumah...
itu pun yang penting2 lah..
mcam yang dah aku listkan sebelum ini

sehubungan dengan itu perghh ayat, aku dan sham kecilkan bajet utk majlis...

majlis
majlis kami dirancang agar bersesuaian dengan bajet yg agak rendah...
ini plan yang dah dipersetujui...

  • majlis tunang dirumah aku, jemputan 100 orang.
  • majlis nikah di masjid wilayah, (insyaallah) kemudian terus majlis walimah di dewan muslimat masjid wilayah. jemputan 450 orang.
majlis walimah ni gabung utk dua belah pihak sekaligus. so kami menjemput rakan2 terdekat, saudara terdekat sahaja.

pelamin
tiada sebarang pelamin (pihak masjid pun tak kasik)

hadiah
utk jimatkan kos lagi, hadiah utk guest juga tidak berlebih lebih.. plannya utk dewasa, kipas tangan (kos RM1.10 utk sekipas) dan gudi beg gula2 utk kanak2.. (tak survey lagi)

dewan
PA system dah disediakan oleh pihak masjid, skali pakej dengan sewa dewan.. oh ya.. kos dewan juga tidak mahal... utk dewan muslimat, boleh memuatkan 200 orang, sewa hanya RM 55/jam.
Pihak masjid sediakan meja kerusi, ekon, PA system. murah la kan...

dewan nikah pulak free je...
nanti aku update macam mana cara2 nak tempah dewan ni ye...

catering
catering perlu ditempah dari panel masjid. setakat ni, aku terima 3 quotation... nanti dah finalize, aku update...
so far, harga lebih kurang dari RM 10.00 - RM bape yg ko mampu lah...
macam2 cara pakej yang ditawarkan... tinggal pilih yang bersesuaian dengan bajet korang...

maybe ada yang akan kata, kalo dah bajet, wat kat rumah je.. mudah...
salah juga...
aku ade wat kiraan kasar kalau majlis wat kat rumah...
  • perlu kos tambahan utk langsir rumah, karpet, bla bla..
  • harga khemah pun agak mahal skang ni...
  • kena buat hiasan bilik pengantin... aku tak buat pun.. kalo ade bajet lebih, aku wat kat rumah sewa aku terus...
  • risiko barang2 umah hilang (pengalaman makcik2.. sudu ilang, jag ilang, pinggan ilang...)
  • penat... yang ni sebenarnye yang mama takmo.. dia tak larat nak kemas plak nanti...
ekseli, majlis ni ikut la kemampuan masing2...
ade orang bajetnya banyak.. so dia leh wat majlis yang agak besar besaran...
tipu lah kalo ade orang tak teringin nak majlis yang best2...
impian wanita nak majlis yang agak grand.. seronok kot jadi raja sehari...
tapi jangan lah sampai bergolok gadai.. sampai anak dah 3 pun dok bayar hutang kerana nak kawin...
ikut la poket masing2...
yang mana yang terpenting, di pentingkan....
berapa yang kamu laburkan dalam majlis kamu, bukan masalah orang lain...
itu hak pasangan tu sendiri...

yang penting, majlis nya berjalan lancar, diredhai ALLAH...
ye tak?

ok.. panjang dah bebel2...
akan di update dari masa ke semasa...

chill...

3 comments:

Hans said...

nak jimat kos.. buat majlis tunang sejam sebelum majlis kahwin.....

kedua.... org dtg nak meraikan pengantin.. jadik food tu xperlu mahal2. janji sedap..n x sakit perut biler balik dari kenduri nanti. hahahahaha...

ketiga... buat sekadar termampu.. after kenduri.. real life bermula.. seme pakai duit... hehehehehe

sh4m said...

uihhhh cik an... sungguh berguna kata2 hikmah ini... akan ku sampaikan kepada nurul chuya ini..

Unknown said...

salam akak. sy nk tanya. akak amek dewan muslimat ok ke utk 450 jemputan?

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Daisypath Wedding tickers

The Day

12/06/2010 - Ziarah dari keluarga Sham
11/09/2010 - Majlis Bertunang
12/12/2010 @ 10 am - Majlis pernikahan
12/12/2010 @ 11.30 am - 3.00 pm - Majlis Walimah

Moga moga diberkati ALLAH...

The Checklist [Nikah]

Checklist #1 Miscellaneous

1. Kursus kawin - checked
2. Test HIV - checked
3. Borang borang kawin - dah amik. tinggal isi je (lepas isi anta kat jawi,
then jumpa ustaz hafizan Masjid Wilayah)
4. Kadi dan saksi - checked
5. Dewan - Checked. borang submitted on 1st sept. dah dapat surat.. depo 440 next month.
6. Catering - paid 1k on 19/10/2010
7. Kad kawin - done...
8. Bunga Manggar - checked
9. Penanda arah
10. Photographer - checked.. abah satelkan


Checklist #2 Hantaran Kawin

Chuya to Sham
1. Jam Tangan - checked
2. Kasut - checked
3. Baju dan kemeja kerja - checked
4. Belt dan wallet - checked
5. Sejadah - checked

6. Set barangan lelaki (perfume) - checked
7. HardDisk 640 Gb - checked
8. Coklat - kak nowwa punya
9. Pop cake - kak nowwa punya

Sham to Chuya
1. Jam Tangan - checked
2. Handbag - checked
3. Telekung - checked. al quran belum lagi
4. Perfume - checked
5. Set bodywash - checked
6. Kasut - checked
7. Hard disk - checked

8. Rantai tangan utk batal air semayang. - checked


Mas kawin
duet...


Checklist #3 Aksesori Hantaran
Done.. upah pakar..

Checklist #4 Baju Persalinan
1. Baju kawin fitting minggu depan. full fitting 4 dec 2010
2. Baju Flower gurl - done
3. Aksesori Flower Gurl
3. Tema kaler - done
4. Makeup - done

Checklist #5 Souvenir guest
1. Utk tetamu - checked
2. Utk kanak kanak - checked




The Checklist [Tunang]

Checklist #1 Barang Hantaran

Chuya to Sham
1. Cupcake - checked
2. Coklat - checked
3. Kuih raya - checked
4. Buah - checked
5. Sekut femes ames - checked

Sham to Chuya
1. Cincin tunang - checked
2. Coklat - checked
3. Cupcake - checked
4. Buah - checked

Checklist #2 Aksesori Hantaran
1. Reben - Checked
2. Dulang - Checked
3. Alas dulang - Checked
4. Hiasan - Checked
5. Bunga - Checked

Checklist #3 Baju persalinan
1. Baju tunang - Checked
2. Make up - checked
3. Tudung dan selendang - Checked

Checklist #4 Miscellaneous
1. Khemah - Checked
2. Makanan - Checked

updated: alhamdulillah selesai dengan lancar...


..............................

PengantinPedia adalah tempat dimana kami mendokumentasikan segala persiapan pertunangan dan perkahwinan kami. Anda juga boleh jadikan blog ni sebagai panduan untuk anda menghadapi alam pertunangan ataupun alam raja sehari.

Kami merupakan pengantin bajet, maka segala persiapan kami adalah mengikut kadar kemampuan kami..

Followers

    trafic


Recent Comments